Adakah anda menginap di hartanah milik Shangri-La Hotels? Jika ya, anda mungkin ingin mempertimbangkannya semula. Sebuah video baru yang mengejutkan telah mendedahkan risiko keselamatan makanan dan kekejaman haiwan yang melampau di sebalik telur-telur yang digunakan oleh Shangri-La Hotels.
Di ladang-ladang pembekal telur bagi Shangri-La Hotels ini, najis dan kotoran berkerak pada jeriji-jeriji sangkar di tempat bertelur, dan najis juga menimbun cuma beberapa inci jauhnya dari telur-telur dan ayam-ayam itu sendiri. Ibu-ibu ayam betina bersesak hampir seluruh hidupnya di dalam sangkar-sangkar yang sangat kecil dan kejam yang menyalahi undang-undang di banyak buah negara di seluruh dunia. Bangkai-bangkai ayam betina yang sudah mati dibiarkan mereput betul-betul di sebelah ayam-ayam betina yang bertelur untuk kegunaan manusia.
Hampir setiap kumpulan hotel antarabangsa terkemuka lainnya telah pun bersumpah untuk menggunakan hanya telur-telur bebas sangkar secara global menjelang tahun 2025 – termasuk Intercontinental Hotel Group, Accor, Marriott, Wyndham, Hilton, Hyatt, Choice, Radisson, Best Western, Kempinski, Louvre Group, Deutsche Hospitality, Mandarin Oriental, Langham Hotels, Minor Group, Miramar Group, Ovolo Hotels dan banyak lagi. Tetapi tidak Shangri-La Hotels. Ia terus menghidangkan pelanggannya telur-telur daripada ladang-ladang telur dalam kurungan bersekat yang sangat kotor dan kejam.
Sudah tiba masanya untuk Shangri-La Hotels berhenti membahayakan keselamatan pelanggannya, dan berhenti menyokong kekejaman haiwan yang teruk ini. Sudah tiba masanya untuk Shangri-La Hotels beralih kepada hanya menjual telur-telur bebas sangkar secara global.
Shangri-La Hotels: Saya tidak akan menginap di mana-mana hotel anda, sehingga anda turut serta bersama kumpulan-kumpulan hotel terkemuka lainnya dan komited untuk terus berhenti menggunakan telur-telur daripada sangkar-sangkar bersekat yang kejam dan sangat kotor itu. Sudah tiba masanya untuk Shangri-La Hotels memilih bebas sangkar 100% !
Beberapa belas buah kajian saintifik telah menemukan bahawa ladang-ladang telur dalam kurungan mempunyai kadar pencemaran salmonela yang jauh lebih tinggi. Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah telah menjalankan kajian terbesar setakat ini berkait isu tersebut, dengan menganalisis data daripada lima ribu ladang. Ia menemukan bahawa ladang-ladang telur dalam kurungan adalah 25 kali lebih berkemungkinan untuk tercemar dengan strain salmonela utama. (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17)
Terdapat pelbagai sebab mengapa menyumbatkan ayam-ayam betina dalam sangkar menyebabkan risiko keselamatan makanan. Penyelidikan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan bahawa tekanan daripada pengurungan sangkar mengakibatkan ayam-ayam betina menjadi lebih mudah diserang penyakit. Sangkar-sangkar juga sukar dibersihkan dan dinyahjangkitkan, yang membawa kepada “lebih banyak bahan najis tercemar dan debu. (18, 19, 20, 21, 22, 23)
Sepertimana anjing dan kucing, ayam juga merupakan individu pintar dan cerdik yang turut merasakan bahagia dan kesakitan. Menyumbatkan haiwan itu hampir seluruh hidupnya di dalam sebuah sangkar yang sangat kecil sehinggakan ia hampir tidak dapat berpusing ke belakang pun, adalah terang-terangan tidak wajar. (24)
Sangkar bersekat adalah sangat kejam sehinggakan ianya diharamkan di banyak negara seluruh dunia. Setiap organisasi perlindungan haiwan aliran utama seluruh dunia mengutuk sangkar bersekat sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. (25, 26, 27)
Berikut adalah perkara yang dikatakan oleh beberapa buah organisasi sedemikian:
“tingkah laku paling mudah seperti keupayaan mengibaskan sayapnya atau bertenggek telah dinafikan. SPCA sangat mengambil berat atas kebajikan berjuta-juta ayam ini.” Hong Kong SPCA
“Sangkar bersekat adalah sangat tidak berperikemanusiaan; bukan sahaja sangat sesak, tetapi juga menafikan keupayaan untuk bersarang dan mandi debu bagi ayam-ayam betina yang bertelur itu… Industri makanan harus menggunakan telur bebas sangkar secepat mungkin” Taiwan SPCA
“Ayam-ayam betina dalam sangkar lebih mudah mengalami tekanan dan kecederaan, dan peningkatan risiko salmonela.” World Animal Protection
Organisasi ini tidak dikaitkan dengan laman web in
Shangri-La Hotels berterusan menjual telur daripada pembekal yang mengurung ayam-ayam betina dalam sangkar bersekat yang kejam lagi kotor kepada pelanggannya
Di pembekal telur kepada Hotel-Hotel Shangri-La, ayam-ayam itu membuang najis dalam sangkar kosong yang sama tempat mereka bertelur
Setiap ibu ayam meluangkan hampir seluruh hidupnya tersumbat dalam sangkar yang tersangat kecil sehinggakan hampir tidak boleh berpusing sekeliling pun
Equitas merupakan organisasi bukan untung berpangkalan di United Kingdom yang bekerja untuk perlindungan pengguna dan kebajikan haiwan dalam rantaian bekalan makanan seluruh dunia.
1: Van Hoorebeke S, Van Immerseel F, Schulz J, et al. 2010. Determination of the within and between flock prevalence and identification of risk factors for Salmonella infections in laying hen flocks housed in conventional and alternative systems. Preventive Veterinary Medicine 94(1-2):94-100.
2: Snow LC, Davies RH, Christiansen KH, et al. 2010. Investigation of risk factors for Salmonella on commercial egg-laying farms in Great Britain, 2004-2005. Veterinary Record 166(19):579-86.
3: 2010. Annual Report on Zoonoses in Denmark 2009. National Food Institute, Technical University of Denmark.
4: Van Hoorebeke S, Van Immerseel F, De Vylder J et al. 2010. The age of production system and previous Salmonella infections on farm are risk factors for low-level Salmonella infections in laying hen flocks. Poultry Science 89:1315-1319.
5: Huneau-Salaün A, Chemaly M, Le Bouquin S, et al. 2009. Risk factors for Salmonella enterica subsp. Enteric contamination in 5 French laying hen flocks at the end of the laying period. Preventative Veterinary Medicine 89:51-8.
6: Green AR, Wesley I, Trampel DW, et al. 2009 Air quality and bird health status in three types of commercial egg layer houses. Journal of Applied Poultry Research 18:605-621.
7: Schulz J, Luecking G, Dewulf J, Hartung J. 2009. Prevalence of Salmonella in German battery cages and alternative housing systems. 14th International congress of the International Society for Animal Hygiene: Sustainable animal husbandry : prevention is better than cure. pp. 699-702. http://www.safehouse-project.eu/vars/fichiers/pub_defaut/Schulz_Salmonella_ISAH%202009.ppt.
8: Namata H, Méroc E, Aerts M, et al. 2008. Salmonella in Belgian laying hens: an identification of risk factors. Preventive Veterinary Medicine 83(3-4):323-36.
9: Mahé A, Bougeard S, Huneau-Salaün A, et al. 2008. Bayesian estimation of flock-level sensitivity of detection of Salmonella spp. Enteritidis and Typhimurium according to the sampling procedure in French laying-hen houses. Preventive Veterinary Medicine 84(1-2):11-26.
10: Pieskus J, et al. 2008. Salmonella incidence in broiler and laying hens with the different housing systems. Journal of Poultry Science 45:227-231.
11: European Food Safety Authority. 2007. Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus. The EFSA Journal 97. www.efsa.europa.eu/EFSA/efsa_locale-1178620753812_1178620761896.htm.
12: Snow LC, Davies RH, Christiansen KH, et al. 2007. Survey of the prevalence of Salmonella species on commercial laying farms in the United Kingdom. The Veterinary Record 161(14):471-6.
13: Methner U, Diller R, Reiche R, and Böhland K. 2006. [Occurence of salmonellae in laying hens in different housing systems and inferences for control]. Berliner und Münchener tierärztliche Wochenschrift 119(11-12):467-73.
14: Much P, Österreicher E, Lassnig. H. 2007. Results of the EU-wide Baseline Study on the Prevalence of Salmonella spp. in Holdings of Laying Hens in Austria. Archiv für Lebensmittelhygiene 58:225-229.
15: Stepien-Pysniak D. 2010. Occurrence of Gram-negative bacteria in hens’ eggs depending on their source and storage conditions. Polish Journal of Veterinary Sciences 13(3):507-13.
16: Humane Society International, “An HSI Report: Food Safety and Cage Egg Production” (2010). HSI Reports: Farm Animal Protection. 3. http://animalstudiesrepository.org/hsi_reps_fap/3
17: European Food Safety Authority. 2007. Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus. The EFSA Journal 97. www.efsa.europa.eu/EFSA/efsa_locale-1178620753812_1178620761896.htm
18: The Danish Veterinary and Food Administration. 2004. The national Salmonella control programme for the production of table eggs and broilers 1996-2002. Fødevare Rapport 6, March.
19: Davies R and Breslin M. 2003. Observations on Salmonella contamination of commercial laying farms before and after cleaning and disinfection. The Veterinary Record 152(10):283-7.
20: Methner U, Rabsch W, Reissbrodt R, and Williams PH. 2008. Effect of norepinephrine on colonisation and systemic spread of Salmonella enterica in infected animals: Role of catecholate siderophore precursors and degradation products. International Journal of Medical Microbiology 298(5-6):429-39.
21: Bailey MT, Karaszewski JW, Lubach GR, Coe CL, and Lyte M. 1999. In vivo adaptation of attenuated Salmonella Typhimurium results in increased growth upon exposure to norepinephrine. Physiology and Behavior 67(3):359-64.
22: Shini S, Kaiser P, Shini A, and Bryden WL. 2008. Biological response of chickens (Gallus gallus domesticus) induced by corticosterone and a bacterial endotoxin. Comparative Biochemistry and Physiology. Part B. 149(2):324-33.
23: Rostagno MH. 2009. Can stress in farm animals increase food safety risk? Foodborne Pathogens and Disease 6(7):767-76.
24: Marino, L. 2017. Thinking chickens: a review of cognition, emotion, and behavior in the domestic chicken. Animal Cognition 20(2): 127–147.
25: “European_Union_Council_Directive_1999/74/EC.” Wikipedia: The Free Encyclopedia. Wikimedia Foundation, Inc. Web 03 August 2018, en.wikipedia.org/wiki/European_Union_Council_Directive_1999/74/EC
26: “Farm Animal Confinement Bans.” American Society for the Prevention of Cruelty to Animals. Web. 03 August 2018, www.aspca.org/animal-protection/public-policy/farm-animal-confinement-bans
27: World Organization for Animal Health, “Terrestrial Animal Health Code” (2017). www.rr-africa.oie.int/docspdf/en/Codes/en_csat-vol1.pdf